bekerPendaftaran dan pemasangan unifi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) yang bermula dari 13 Januari 2021 di 6 negeri dan 22 Januari 2021 di seluruh negara kecuali Sarawak masih berjalan seperti biasa, kecuali di kawasan PKPD. 

Pendaftaran unifi PKP

Anda masih boleh mendaftar untuk melanggan pakej unifi Home dan unifi Biz sepanjang tempoh PKP, tidak kira di mana jua anda berada.

Ini kerana pihak TM membenarkan pendaftaran secara “contactless” iaitu tanpa bersemuka. Melalui kaedah ini, segala proses pendaftaran akan dijalankan secara atas talian (online).

Bagi pendaftaran secara “contactless” ini, pelanggan boleh mendaftar dengan Pengedar Sah TM melalui media sosial, whatsapp, email dan sebagainya. Pelanggan cuma diminta untuk mengemukakan beberapa dokumen untuk memproses pendaftaran seperti salinan MyKad, salinan bil utiliti selain memberikan pengesahan bertulis mengenai permohonan.

Selain itu, pelanggan diminta menjelaskan bayaran pendahuluan sebanyak RM100 untuk pelanggan unifi Home atau RM200 bagi pelanggan unifi Biz. Bayaran pendahuluan ini perlu dibayar dalam masa 10 hari selepas pemasangan selesai dijalankan, melalui salah satu kaedah pembayaran secara online. Bayaran pendahuluan ini akan dikreditkan ke akaun unifi anda yang akan digunakan untuk menjelaskan bil unifi anda nanti.

Sekiranya anda mahu melanggan unifi sepanjang tempoh PKP ini, sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran. Hubungi kami melalui panggilan atau whatsapp: 018-3755580 / 019-618 5880.

 

 

TM unifi PKP pemasangan unifi di zon hijau, kuning, merah PKP PKPB PKPD unifi home fibre internet kediaman rumah perniagaan unifi biz

 

Pemasangan unifi PKP

Sepanjang tempoh PKP 2.0, kerja-kerja pemasangan berlangsung seperti biasa di kawasan-kawasan di bawah PKP dan PKPB, sama ada di Zon Hijau, Kuning atau Merah. Kecuali di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau Enhanced Movement Control Order (EMCO), di mana kerja-kerja pemasangan dan baikpulih tidak dapat dilaksanakan.

Pemasangan boleh diaturkan sepantas dalam masa 1-2 hari bekerja dari tarikh pendaftaran lengkap.

 

 

Perlukan Internet? 

Sekiranya anda perlukan sambungan internet dengan unifi Home Fibre sepanjang tempoh PKP ini untuk tujuan Work From Home selain anak-anak belajar secara online, sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran.

Promosi 30 Hari Internet Percuma masih berlangsung, jadi manfaatkan sepenuhnya tawaran ini dengan melanggan unifi Home dan unifi Lite hari ini.

Call/Whatsapp kami: 018-3755580 / 013-2575580

Stay safe. Stay at home. #kitajagakita

 

 

Home Package

Biz Package