Sekiranya anda mengalami masalah bil unifi yang secara tiba-tiba naik mendadak, mungkin ini adalah jawapan dan penyelesaian yang anda cari.

Bil unifi kebiasannya dicaj pada satu kadar yang tetap berdasarkan kepada pakej yang anda langgan, namun sekiranya anda melanggan Video on Demand (VOD) atau membuat panggilan telefon, mungkin juga anda akan dikenakan caj tambahan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga situasi di mana tiada penggunaan tertentu namun bil meningkat daripada RM150 kepada lebih RM200.

Sekiranya anda melanggan unifi bermula sekitar pertengahan tahun 2018, anda mungkin sekali akan berhadapan situasi ini. Namun, jangan bimbang kerana sebenarnya ini adalah disebabkan oleh penawaran promosi Bonanza Campaign ketika itu.

Melalui promosi Bonanza Campaign, pelanggan unifi Home akan menerima diskaun khas sebanyak RM60 atas langganan unifi anda.

Sebagai contoh:

unifi Home 30Mbps RM139
+ unifi TV Jumbo Pack RM60
Tolak: Diskaun Bonanza Campaign RM60
Jumlah bil: RM139

Namun begitu, berdasarkan spesifikasi pakej Bonanza, diskaun yang diberikan kepada pelanggan hanyalah selama 24 bulan sahaja. Jadi selepas kontrak langganan anda tamat, diskaun sebanyak RM60 itu akan terpadam secara automatik.

Bagaimana Menyelesaikan Masalah Ini?

Mudah sahaja. Kerana kontrak langganan anda sudah tamat, maka pilihan sekarang di tangan anda. Anda boleh sahaja menamatkan langganan sedia ada, dan jika perlu langgan semula pakej yang ditawarkan sekarang.

Sebagai contoh, pakej terbaharu sekarang bermula serendah RM89 sahaja.

Bagaimana Menamatkan Langganan unifi?

Untuk menamatkan langganan, anda perlu mengemukakan notis 30 hari kepada TM terlebih dahulu. Kami mengesyorkan anda untuk menyerahkan notis kepada pihak TM secara “Live Chat” dengan pegawai khidmat pelanggan TM. Ini dapat mengelakkan anda daripada pergi ke kaunter berulang kali.

Selepas anda mengemukakan notis untuk menamatkan langganan, pihak TM akan memberikan maklumat lanjut mengenai tarikh penamatan dan bayaran akhir yang perlu dijelaskan. Ini perlulah dibuat di Kaunter TM Point sahaja. Jangan lupa juga untuk memulangkan modem TM semasa tarikh yang ditetapkan. 

Selepas penamatan berjaya, anda boleh mendaftar pakej baharu unifi yang lebih baik berbanding pakej lama yang mahal. Sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut dan pendaftaran pakej baharu unifi.

Call/Whatsapp: 018-375 5580 / 019-618 5880