Select Page

Setelah anda berminat untuk melanggan unifi di rumah anda, persoalan seterusnya mungkin pakej apakah yang sesuai dengan keperluan anda.

Di kesempatan ini, kami akan berkongsi tips dan panduan memilih pakej yang sesuai dengan keperluan dan kehendak anda sekeluarga.

1) Kesediaan Infrastruktur

Apa yang dimaksudkan dengan kesediaan infrastruktur? 

Unifi, sama seperti perkhidmatan lain hanya dapat ditawarkan sekiranya kawasan rumah anda sudah tersedia dengan kemudahan berkenaan.

Pasti anda sudah maklum bahawa unifi memerlukan rangkaian kabel fibre optik untuk menyalurkan internet ke rumah anda. Untuk itu, kawasan anda perlulah sudah mempunyai kemudahan infrastruktur Fibre optic ini.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada kawasan rumah sudah memiliki kemudahan unifi?

Mudah sahaja. Anda boleh menghubungi kami untuk membuat semakan.

Selain itu, anda juga boleh memerhatikan kawasan sekitar rumah anda sama ada terdapat infrastruktur Fibre yang tersedia seperti kotak distribution point yang dipasang di tepi jalan atau pada tiang-tiang telefon di sekitar. Anda juga boleh memeriksa senarai wi-fi yang terdapat di kawasan rumah dengan membuat imbasan ringkas pada telefon pintar atau komputer riba anda.

Sekiranya kawasan rumah anda sudah dilengkapi kemudahan unifi, anda boleh mendaftar untuk pemasangan melalui kami.

Sekiranya kawasan rumah anda belum dilengkapi kemudahan unifi, anda boleh melanggan perkhidmatan unifi Lite (sebelum ini dikenali sebagai Streamyx) yang menggunakan teknologi VDSL, sebagai penyelesaian sementara. Pihak TM dalam proses menaiktaraf rangkaian unifi sepanjang masa dan kebiasaannya kawasan yang sudah dilengkapi Unifi Lite akan mendapat keutamaan untuk naiktaraf ke Fibre optik unifi.

 

2) Penggunaan & Kelajuan Internet

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh unifi adalah Internet tanpa had penggunaan. Jadi yang membezakan pakej-pakej unifi adalah kelajuan capaian yang biasanya diukur dalam nilai Mbps (Mega bit per second).

Jadi, anda boleh membuat pilihan berdasarkan kelajuan Internet yang anda inginkan dan jenis penggunaan seharian.

Sebagai contoh, pakej unifi Home bermula pada minimum 30Mbps yang cukup pantas untuk penggunaan biasa seperti email, melayari laman web dan media sosial.

Sekiranya anda gemar melayari kandungan berdefinisi tinggi seperti kandungan 4K UHD atau gemar bermain game, mungkin pakej 100Mbps lebih sesuai dengan aktiviti online anda.

 

3) Siaran TV Premium

unifi dikenali turut hadir dengan penawaran unifi TV (sebelum ini dikenali sebagai HyppTV).

Sekiranya anda mahukan siaran TV premium tanpa perlu melanggan perkhidmatan TV satelit berbayar, anda boleh menimbangkan untuk melanggan pakej-pakej unifi TV didatangkan bersama unifi.

Antara kelebihan unifi TV adalah siaran tanpa gangguan cuaca yang sering dialami pelanggan TV satelit berbayar. Jadi anda sekeluarga boleh terus menonton saluran kegemaran tidak kira ketika panas atau hujan.

Selain itu, perkhidmatan unifi TV adalah lebih murah berbanding TV satelit. Sebagai contoh, anda hanya perlu membayar serendah RM60 sebulan untuk menikmati berbagai-bagai saluran premium seperti Fox Movies, Fox Sports, TVN, NatGeo, BBC, Aljazeera dan macam-macam lagi.

 

4) Talian Telefon

Anda juga mungkin memerlukan talian telefon rumah untuk memudahkan anda berhubung dengan keluarga. 

Pakej unifi memang didatangkan bersama talian telefon, namun bergantung kepada plan panggilan tertentu.

Sebagai contoh, ada pakej yang hadir bersama plan 600 minit panggilan ke semua nombor mobile dan talian tetap seluruh negara.

 

Kesimpulan

Apa jua faktor pemilihan pakej unifi anda, sila pertimbangkan nilai dan keperluan sekeluarga. Dapatkan penjelasan terperinci dan nasihat sebelum membuat keputusan untuk melanggan pakej terbabit.

Kami di ejenunifi.com bersedia memberikan nasihat berdasarkan keperluan internet anda sekeluarga. 

Hubungi kami sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kami di talian 018-3755580.