Mendaftar unifi melalui agent atau penjual sah TM merupakan pilihan ramai pengguna. Apa kelebihan mendaftar melalui ejen berbanding mendaftar di kaunter TM?

1. Jimat Kos

Anda boleh menjimatkan kos anda dengan melanggan melalui ejen kerana anda tidak perlu ke kaunter untuk mendaftar. Dalam kebanyakan kes, pendaftaran boleh diuruskan secara online atau melalui applikasi Whatsapp tanpa perlu bersemuka. Dengan ini, anda tidak perlu pergi ke kaunter-kaunter TM yang mungkin terletak agak jauh dari kediaman atau pejabat anda. Ini boleh menjimatkan kos dari segi petrol dan parking selain menjimatkan masa anda yang berharga. Sekiranya pertemuan bersemuka diperlukan, sebagai contoh untuk tujuan verifikasi biometrik (imbasan cap jari), ejen boleh menguruskan untuk runner berjumpa anda pada keselesaan anda sendiri.

2. Jimat Masa

Anda boleh berinteraksi secara langsung dengan ejen unifi tanpa perlu bersusah-payah. Ini boleh dilakukan secara panggilan terus tanpa melalui sambungan operator yang memeningkan, atau melalui whatsapp atau SMS – hampir pada bila-bila masa. Berbanding kaunter TM yang mungkin hanya dibuka pada masa-masa tertentu (Contoh: Waktu Pejabat), anda boleh berhubung dengan ejen pada bila-bila masa. Anda juga tidak perlu bersusah payah mencari kaunter untuk berurusan berkenaan proses pendaftaran.

3. Pilihan Pakej

Sama ada melalui ejen atau Kaunter TM, pilihan pakej yang ditawarkan adalah sama sahaja kerana unifi menawarkan pakej-pakej yang sama rata melalui mana-mana saluran. Satu pengecualian mungkin untuk pakej tertentu sahaja yang hanya ditawarkan eksklusif oleh TMPoint seperti pakej OKU.

4. Pengalaman

Anda mungkin boleh mendapat layanan yang lebih baik melalui ejen, terutamanya yang berpengalaman dalam menguruskan pendaftaran unifi di kawasan anda. Anda boleh bertanya kepada ejen berkenaan sama ada beliau pernah menguruskan pendaftaran untuk kawasan tempat tinggal anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berbanding kaunter TM.

5. Nilai Tambah

Sekiranya anda berurusan melalui ejen, anda boleh meminta ejen untuk membuat susulan (follow up) kepada permohonan anda, terutamanya sekiranya anda menghadapi masalah seperti ‘port full’, ‘missing unit’ dan sebagainya.

 

Walau bagaimanapun cara pilihan anda untuk mendaftar unifi, dapatkan maklumat selanjutnya mengenai pakej, promosi dan hal-hal berkaitan pemasangan.
Sekiranya anda perlukan bantuan kami, sila hubungi kami hari ini: 018-3755580 (Call/Whatsapp)