TM telah memperkenalkan satu pakej khas dikenali sebagai unifi Basic yang dikategorikan sebagai pelan asas pada harga rendah.
Pra-pendaftaran pakej unifi Basic mula dibuka mulai 16 Julai 2018 dan proses pengaktifan akan bermula pada 1 Ogos 2018.
Ciri-ciri pakej unifi Basic adalah seperti berikut:
- Kelajuan 30Mbps (RM89/bulan) atau 50Mbps (RM99/bulan)
- Tanpa had kuota
- 17 saluran percuma menerusi unifi PlayTV app (melalui aplikasi pada peranti mudahalih)
- Tanpa unifi TV Set top box (STB)
- Tanpa set telefon
- Kontrak 2 tahun