Bersempena Akta Syarikat 2016 yang baru diwartakan, kami ingin memaklumkan bahawa pihak SSM telah mengeluarkan dokumen baharu untuk menggantikan dokumen sedia ada di bawah Akta Syarikat 1965 bermula 31 Januari 2017.
Untuk itu, bermula 16 Mei 2017, para pelanggan perniagaan, khususnya syarikat Sdn Bhd diminta untuk mengemukakan salinan dokumen SSM yang terbaru yang disahkan secara digital (digital certified) menerusi system MyData SSM.
Untuk itu, mana-mana perniagaan Sdn Bhd yang ingin memohon perkhidmatan UniFi, Streamyx atau talian tetap perniagaan, kami meminta kerjasama tuan/puan untuk menyediakan dokumen berikut bagi tujuan permohonan.
SYARIKAT YANG BARU DITUBUHKAN
- Sijil Perbadanan Syarikat Persendirian / “Certificate of Incorporation” yang disahkan secara digital (sila rujuk laman web SSM MyData )
- Super Form (Permohonan Pendaftaran Syarikat)
SYARIKAT SEDIA ADA
- Sijil Perbadanan Syarikat Persendirian / “Certificate of Incorporation” yang disahkan secara digital (sila rujuk laman web SSM MyData )
- Butir-butir Pengarah/Pegawai / “Particulars of Directors/Officers” (SSM MyData)
- Sijil Pertukaran Nama Syarikat / “Certificate of Change of Company Name” – sekiranya telah bertukar nama

CONTOHÂ “Certificate of Incorporation” yang disahkan secara digital oleh MyData SSM
Sila ambil perhatian akan tarikh dan masa yang dicatatkan pada dokumen ini, perlulah tidak melebihi tempoh satu tahun dari tarikh dikeluarkan
sila hubungi 018-3755580 (WHATSAPP)
Pendaftaran mudah melalui whatsapp/email, tidak perlu ke tmpoint, beratur panjang atau menghadapi kesesakan traffic jam dan masalah parking. Pendaftaran siap dalam beberapa jam sahaja.
Pemasangan sepantas 2 hari selepas pendaftaran berjaya.
